9.27.2008

Kampong




27 Ramadan.Keseronokan dan rasa tak sabar menanti Syawal memang tak dapat di bendung lagi oleh anak-anak.Memandangkan mereka telah mula bercuti,mereka mengajak balek ke kampong lebih awal kerana mereka ingin mengecat rumah atok.Walau pun cadangan mereka itu akan menyebabkan sebahagian dari perbelanjaan raya akan terbang,tapi tak apa memandangkan memang dah lama rumah atok mereka tak di cat baru.

9.26.2008

Aidil Fitri

uli ja tepung tu..jangan pandang-pandang kamera.


Ni nak buat kueh apa ni? Macam tak sedap ja..


Yang kecik ni pun tolong buat kuih juga ke?

26 Ramadan.Ini bermakna cuma tinggal 3 atau 4 hari saja lagi untuk kita semua menyambut Aidil Fitri.Suasana kemeriahan Syawal memang telah sangat-sangat dirasai.Apatah lagi apabila terhidu wanginya bau kuih raya yang sedang dibakar didapur.Alunan lagu raya yang dimainkan oleh stesen-stesen radio menambahkan lagi kemeriahannya.Walau pun saban tahun Syawal disambut, namun ketibaannya tetap dinanti dengan penuh kegembiraan.
Diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI - MAAF ZAHIR BATIN untuk semua.

9.23.2008

cekcibo.com


Mendengar taklimat sebelum berperang.

9.22.2008

AL-FATIHAH


Wak Yin selamat disemadikan

Pada 22 September 2008 bersamaan 22 Ramadan 1429,bapa saudara saya Haji Ibrahim atau Wak Yin ( panggilan oleh anak-anak saudara ) telah kembali ke rahmatullah.Semoga roh beliau di tempatkan bersama para syuhadah.Amin..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More