12.10.2009

REUNION

Bertempat di rumah Pak Ngah Azam Kampong Expo Taiping pada hari raya Haji kedua telah diadakan perjumpaan keluarga sebelah bapak.






Duduk 2 dari kiri - Opah ( Emak bapak )


Duduk 2 dari kiri atok ( Ayah Bapak )


Moyang ( Haji Salleh )






Selepas balek dari reunion tu,dema ngajak ke zoo Taiping le pulak..( Ai..nak reunion keluarga kat sini ke pulak...)







10.09.2009

KENA NGANTO LE PULAK.....

Seminggu lepas raya aku terpaksa nganto anak aku balek ke Uitm Arau.Kerana terlampau asyik beraya terlupa le pulak dia nak beli tiket bas untuk balek.



Mentelahkan dah sampai ke Perlis tu,sempat le juga aku,bini dan anak2 menyengok-menyengok pekan Padang Besar.Tapi pekan Padang Besar dulu dan sekarang banyak berbeza,bukan berbeza dari segi kecanggihanya tapi dari segi kemeriahannya.Kalau dulu bila hujung minggu berpusu-pusu orang datang membeli-belah tapi sekarang lengang dan barang-barang yang dijual pun dah mahal.Kalau setakat nak berjalan-jalan tu boleh le tapi kalau nak membeli-belah baik le ke tempat lain.Itu nasihat aku.Ikhlas.


9.17.2009

SALAM AIDIL FITRI 1430

Hari ini 17hb.Sept.2009 bersamaan 27hb.Ramadan.Ini bermakna cuma tinggal 3 hari saja lagi kita akan menyambut Syawal.Jika di imbau kenangan masa kecik-kecik dulu saat begini memang saat yang paling mengembirakan.Hampir menjelang Syawal,ayah & ibu akan membelikan baju baru,kasut baru dan segala yang baru.Walau pun kasut yang dibelikan cuma kasut getah,tapi akan dibawa tidur bersama pada malam raya kerana tak sabar untuk memakainya di pagi raya.Mengacau dodol & membakar lemang memang menjadi satu perkara yang wajib.Tapi itu semua kenangan silam yang tak akan kembali lagi.

Syawal tahun ini,Syawal pertama aku beraya tanpa ibu tercinta yang telah kembali ke sisiNya April lalu.Dan tahun ini juga syawal pertama aku tak dapat mencium ubun-ubun ibu seperti selalunya apabila aku bersalam bermaafan dengannya.Dan syawal tahun ini juga pastinya akan membuat aku lebih menitiskan air mata.

Buat Allahyarhamah bonda ku Fatimah binti Nayan..
Al-Fatihah & sekalung doa buatmu..
Semoga dirahmati dan ditempatkan bersama para syuhadah....Amin..

8.28.2009

SELAMAT ULANG TAHUN

Hari ini 28hb.Ogos 2009,genap 3 tahun usia puteri bongsu ku.Sorry le ayah tak dapat nak buat kenduri untuk menyambutnya seperti dua tahun yang lepas kerana tahun ini jatuh dalam bulan puasa.InsyaAllah ayah akan buat kenduri selepas raya nanti.Syabo na...Walau bagaimana pun ayah & mak,abang serta kakak mengucapkan Selamat Hari Lahir semoga Tina akan membesar dengan sihat & sejahtera.









Ketika makan angin di Cameron Highland









Posing ketika berada di rumah









Bermain di playground Merry Brown Green Town Mall Ipoh

7.21.2009

MELANCONG KE SABAH

Pada 27hb.Jun,aku & lebih kurang 40 orang lagi rakan dari Telekom telah berkesempatan melancong ke negeri di bawah bayu.Tempat-tempat yang sempat di lawati ialah kolam air panas & kanopi walk di Kundasang serta sempat merasa kedinginan udara di kaki gunung Kinabalu.Membeli belah di Pasar Philipine serta sekitar bandar Kota Kinabalu.

















5.24.2009

AL FATIHAH

Pada 24hb.April 2009 jam 11.35 pagi,bonda tercinta Hajah Fatimah telah kembali ke rahmatullah dengan tenangnya.Semoga rohnya ditempatkan di sisi hamba-hambaNya yang solehah.Amin....

Kepada semua saudara-mara,sahabat handai & jiran tetangga yang sudi menziarah & menyumbang tenaga & wang ringgit kami pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih.Moga Allah jua yang dapat membalasnya.

1.27.2009

HAPPY MANY RETURN

Pejam celik,pejam celik tup-tup hari ni hari jadi aku.Yang keberapa tu weh..yang ke lima puluh.Ya Allah dah tua aku ni.Patut le blog ni aku bagi nama dihujung senja...Semoga sisa-sisa hidup aku diberkati olehNya.

JIKA ESOK MASIH ADA MENTARI

Waktu berlalu meninggalkan detik
tanpa mahu mengulangi semalamnya
sehingga dedaun kering diranting
kegugupan menanti hari esok
memungkinkan untuknya gugur

Menghadapi detik-detik begini
pernahkah terbicara dalam usiamu
tentang kematian bakal milikmu
menutupi pengembaraan nafasmu
lantas apa kah yang telah terkumpul
gendungan keimanan kah yang tergalas
atau bungkusan penderhakaan

Dan demikian itu,bagai siang menuju malam
membiarkan mataharinya menemui senja
tak terbisa lagi kita menahannya
kerana kehidupan adalah ketentuanNya

Jika esok mentari masih bersinar
berdirilah atas harapanmu
memohon kepada Nya
penangguhan untuk mengikat galasmu
yang didalamnya terisi KEIMANAN




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More