3.11.2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

Gersang bumi tanpa hujan.


Gersang akal tanpa ilmu.

Gersang hati tanpa iman.

Gersang jiwa tanpa amal.

Marhaban ya Ramadhan…

7.12.2010

PERCUTIAN DI PAK BARA THAILAND








7.08.2010

MELANCUNG KE PULAU LANGKAWI










2.11.2010

HARI LAHIR AKU

Pada 27hb.Januari yang lepas, hari jadi aku yang ke 51.Tiada sambutan yang diraikan kerana hari ini aku sibuk menguruskan jenazah ayahanda aku yang meninggal sehari sebelumnya.
Tapi anak-anak tak sampai hati tengok teman diam-diam ghopenya dema pegi beli kek.Jadi le.

2.08.2010

PERGI TAK KEMBALI

Belum sampai setahun pemergian bonda tercinta..pada 26hb.Januari yang lalu ayahanda pula mengikuti pemergiannya.Pergi yang tak kembali lagi..Ya Allah kami redho apa yang telah engkau tetapkan untuk kami,cuma kami terkilan kedua-dua orang yang kami sayangi di ambil dalam tempoh tak sampai setahun.Semoga kedua-dua ayah & ibu bersemadi dengan aman.Kami anak-anak mu sentiasa berdoa agar kedua-keduanya ditempatkan dalam golongan orang yang dirahmati Allah...Amin

BAGAN LALANG

Senja di Bagan Lalang



 Aiii..nangkap gambo disini le..yang aku nunggu beghejam tu..
My loving kids



Control ayu
Ni fesyen apa ni..nak tobang ke ..nak berak.



 Beautiful sunset at Bagan Lalang Sepang

Yong..simpan sikit gigi tu..jogheng bebeno.

12.10.2009

REUNION

Bertempat di rumah Pak Ngah Azam Kampong Expo Taiping pada hari raya Haji kedua telah diadakan perjumpaan keluarga sebelah bapak.






Duduk 2 dari kiri - Opah ( Emak bapak )


Duduk 2 dari kiri atok ( Ayah Bapak )


Moyang ( Haji Salleh )






Selepas balek dari reunion tu,dema ngajak ke zoo Taiping le pulak..( Ai..nak reunion keluarga kat sini ke pulak...)







10.09.2009

KENA NGANTO LE PULAK.....

Seminggu lepas raya aku terpaksa nganto anak aku balek ke Uitm Arau.Kerana terlampau asyik beraya terlupa le pulak dia nak beli tiket bas untuk balek.



Mentelahkan dah sampai ke Perlis tu,sempat le juga aku,bini dan anak2 menyengok-menyengok pekan Padang Besar.Tapi pekan Padang Besar dulu dan sekarang banyak berbeza,bukan berbeza dari segi kecanggihanya tapi dari segi kemeriahannya.Kalau dulu bila hujung minggu berpusu-pusu orang datang membeli-belah tapi sekarang lengang dan barang-barang yang dijual pun dah mahal.Kalau setakat nak berjalan-jalan tu boleh le tapi kalau nak membeli-belah baik le ke tempat lain.Itu nasihat aku.Ikhlas.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More