9.17.2009

SALAM AIDIL FITRI 1430

Hari ini 17hb.Sept.2009 bersamaan 27hb.Ramadan.Ini bermakna cuma tinggal 3 hari saja lagi kita akan menyambut Syawal.Jika di imbau kenangan masa kecik-kecik dulu saat begini memang saat yang paling mengembirakan.Hampir menjelang Syawal,ayah & ibu akan membelikan baju baru,kasut baru dan segala yang baru.Walau pun kasut yang dibelikan cuma kasut getah,tapi akan dibawa tidur bersama pada malam raya kerana tak sabar untuk memakainya di pagi raya.Mengacau dodol & membakar lemang memang menjadi satu perkara yang wajib.Tapi itu semua kenangan silam yang tak akan kembali lagi.

Syawal tahun ini,Syawal pertama aku beraya tanpa ibu tercinta yang telah kembali ke sisiNya April lalu.Dan tahun ini juga syawal pertama aku tak dapat mencium ubun-ubun ibu seperti selalunya apabila aku bersalam bermaafan dengannya.Dan syawal tahun ini juga pastinya akan membuat aku lebih menitiskan air mata.

Buat Allahyarhamah bonda ku Fatimah binti Nayan..
Al-Fatihah & sekalung doa buatmu..
Semoga dirahmati dan ditempatkan bersama para syuhadah....Amin..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More