12.10.2009

REUNION

Bertempat di rumah Pak Ngah Azam Kampong Expo Taiping pada hari raya Haji kedua telah diadakan perjumpaan keluarga sebelah bapak. Duduk 2 dari kiri - Opah ( Emak bapak ) Duduk 2 dari kiri atok ( Ayah Bapak ) Moyang ( Haji Salleh ) Selepas balek dari reunion tu,dema ngajak ke zoo Taiping le pulak..( Ai..nak reunion keluarga kat sini...

10.09.2009

KENA NGANTO LE PULAK.....

Seminggu lepas raya aku terpaksa nganto anak aku balek ke Uitm Arau.Kerana terlampau asyik beraya terlupa le pulak dia nak beli tiket bas untuk balek. Mentelahkan dah sampai ke Perlis tu,sempat le juga aku,bini dan anak2 menyengok-menyengok pekan Padang Besar.Tapi pekan Padang Besar dulu dan sekarang banyak berbeza,bukan berbeza dari segi kecanggihanya...

9.17.2009

SALAM AIDIL FITRI 1430

Hari ini 17hb.Sept.2009 bersamaan 27hb.Ramadan.Ini bermakna cuma tinggal 3 hari saja lagi kita akan menyambut Syawal.Jika di imbau kenangan masa kecik-kecik dulu saat begini memang saat yang paling mengembirakan.Hampir menjelang Syawal,ayah & ibu akan membelikan baju baru,kasut baru dan segala yang baru.Walau pun kasut yang dibelikan cuma kasut getah,tapi akan dibawa tidur bersama pada malam raya kerana tak sabar untuk memakainya di pagi raya.Mengacau dodol & membakar lemang memang menjadi...

8.28.2009

SELAMAT ULANG TAHUN

Hari ini 28hb.Ogos 2009,genap 3 tahun usia puteri bongsu ku.Sorry le ayah tak dapat nak buat kenduri untuk menyambutnya seperti dua tahun yang lepas kerana tahun ini jatuh dalam bulan puasa.InsyaAllah ayah akan buat kenduri selepas raya nanti.Syabo na...Walau bagaimana pun ayah & mak,abang serta kakak mengucapkan Selamat Hari Lahir semoga Tina...

7.21.2009

MELANCONG KE SABAH

Pada 27hb.Jun,aku & lebih kurang 40 orang lagi rakan dari Telekom telah berkesempatan melancong ke negeri di bawah bayu.Tempat-tempat yang sempat di lawati ialah kolam air panas & kanopi walk di Kundasang serta sempat merasa kedinginan udara di kaki gunung Kinabalu.Membeli belah di Pasar Philipine serta sekitar bandar Kota Kinabalu. ...

5.24.2009

AL FATIHAH

Pada 24hb.April 2009 jam 11.35 pagi,bonda tercinta Hajah Fatimah telah kembali ke rahmatullah dengan tenangnya.Semoga rohnya ditempatkan di sisi hamba-hambaNya yang solehah.Amin.... Kepada semua saudara-mara,sahabat handai & jiran tetangga yang sudi menziarah & menyumbang tenaga & wang ringgit kami pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih.Moga Allah jua yang dapat membalasny...

1.27.2009

HAPPY MANY RETURN

Pejam celik,pejam celik tup-tup hari ni hari jadi aku.Yang keberapa tu weh..yang ke lima puluh.Ya Allah dah tua aku ni.Patut le blog ni aku bagi nama dihujung senja...Semoga sisa-sisa hidup aku diberkati olehNya. JIKA ESOK MASIH ADA MENTARI Waktu berlalu meninggalkan detiktanpa mahu mengulangi semalamnyasehingga dedaun kering dirantingkegugupan menanti hari esokmemungkinkan untuknya gugur Menghadapi detik-detik beginipernahkah terbicara dalam usiamutentang kematian bakal milikmumenutupi pengembaraan...

Page 1 of 612345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More